Tukar enjin Kelisa RM4500







Gambar2 dari screen handhone tu reference je. Tapi Kelisa aku adalah kereta secondhand. Owner sebelum ni seorang wanita. Jadi terjaga elok lah kereta tu. Bila bertukar tangan, macam2 rosak (serba-serbi pertama kali rosak). Tapi tak la sekali jalan. Maksudnya sepanjang aku guna la.

Kalau nak diikutkan banyak bengkel dah pergi untuk perbaiki kerosakan. Kebanyakannya selepas di'repair', aku perlu datang semula ke bengkel tu disebabkan kerosakan berulang. Maksudnya? Adakah diaorang tak repair kereta aku sepenuh hati? Cuma sekarang ada satu je bengkel yang 'serasi' dan berpatutan. Ownernya budak Melayu yang betul-betul berniat untuk baiki kereta dengan betul. 

Selepas ditukar enjin, mekanik ada bagi surat untuk disubmit ke JPJ untuk urusan penukaran enjin. Apapun Alhamdulillah, kereta ni dah habis bayar oleh Emak aku. Walaupun atas nama aku tapi aku bersedia sepanjang masa untuk membawa Emak pergi ke mana saja. Kiranya ni antara 'harta' yang Emak wariskan pada aku. Alhamdulillah.

Comments

Popular posts from this blog

Colever | TDC

Skrub Badan Untuk Lelaki di Rawang

Colostrum Powder C2Joy Untuk Kesihatan Diri